Proses kreativiti Nakamatsu Yoshiro Nakamatsu

Dalam temubual, Nakamatsu telah menerangkan "proses kreativiti"-nya, yang melibatkan mendengar muzik dan diakhiri dengan menyelam di bawah air, di mana dia mengatakan bahawa dia menghasilkan idea terbaiknya. Dia kemudian mencatat idea tersebut ketika berada di bawah air.[1][2] Nakamatsu menyatakan dia mendapat manfaat daripada kekurangan oksigen ke otak semasa menyelam, mereka ciptaan "0,05 saat sebelum kematian." Dia juga memyatakan bahawa "Bilik Tenang"-nya, sebuah bilik mandi yang dibina tanpa paku dan berjubin dengan jubin emas 24 karat, mendorong pemikiran kreatif dengan menghalang gelombang televisyen dan radio. [3] Nakamatsu juga mempunyai lif di rumahnya yang menurutnya membantunya untuk berfikir dengan lebih baik, tetapi dia tegas menafikan bahawa ia adalah sebuah lif dan menggambarkannya sebagai "ruang bergerak menegak". Nakamatsu meramalkan bahawa dia akan hidup hingga usia 144 tahun.[4]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Yoshiro Nakamatsu http://www.businessinsider.com/most-prolific-inven... http://edition.cnn.com/2006/BUSINESS/05/07/nakamat... http://dr-nakamats.com/nakamats_g/n_wun212.html http://v3.espacenet.com/publicationDetails/biblio?... http://v3.espacenet.com/publicationDetails/biblio?... http://v3.espacenet.com/publicationDetails/biblio?... http://v3.espacenet.com/publicationDetails/biblio?... http://v3.espacenet.com/publicationDetails/biblio?... http://v3.espacenet.com/publicationDetails/biblio?... http://www.imdb.com/title/tt1708535/